BIODATA
NAMA PENUH : NurulHazwani Bt. Aziz :)
NAMA GEDIK2 : Wanie Aziz :)
LAHIR PADA : 10.12.1996:)
NAK JADI : Cikgu :)
PRINSIP HIDUP : kejayaan memerlukan pengorbanan ! "dont repeat the same mistakes"
###############################################################
~together aim for the stars~
kegunaan superkonduktor dalam industri peranti elektronik dan sistem penyimpanan tenaga elektrik

Kegunaan superkonduktor yang lain adalah sebagai peranti elektronik, antena gelombang mikro serta komponen elektronik yang lain yang kemungkinan besar lebih dahulu dikomersilkan. Hal ini disebabkan kerana mana-mana superkonduktor boleh dibuat sebagai lapisan tipis dan mudah difabrikasi.
Melihat aktiviti kehidupan sehari-hari semakin meningkat, maka penciptaan peralatan elektrik dengan menggunakan bahan superkonduktor semakin diperlukan untuk menjimatkan tenaga dan memberikan pelbagai kemudahan yang lebih baik dan menguntungkan manusia. Disebabkan bahan superkonduktor dapat mengalirkan arus tanpa resistan elektrik maka hal ini membuat revolusi dalam bidang teknologi dengan menggantikan kuprum dan rangkaian fluks besi di dalam rotor generator, juga di dalam mesin-mesin superkonduktor satu-kutub, dan generator magneto. Penggunaan bahan superkonduktor ini menyebabkan penjimatan tenaga kerana bahan mempunyai resistan sama dengan sifar maka masalah panas yang berlaku pada peralatan elektronik seperti pada cip-cip elektronik dan mikrokomputer dapat diatasi. Kegunaan bahan superkonduktor yang lain adalah sebagai penyimpan tenaga. Pada waktu beban puncak, suatu generator perlu beroperasi maksimum dan hal ini boleh menimbulkan beberapa masalah seperti peningkatan kos operasi. Oleh sebab itu suatu sistem penyimpanan tenaga yang terdiri dari gulungan superkonduktor boleh digunakan untuk menyimpan tenaga dan dapat disalurkan pada saat beban puncak. Keadaan ini telah dibuat oleh beberapa negara maju dengan membina sistem penyimpan energy superkonduktor.